Kem Matematik 2026 Tarik Penyertaan Murid Daerah TawauTawau, 21 Jun 2026 – Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau melalui Unit Sains dan Matematik telah menganjurkan Mathematics Camp 2026 di bawah inisiatif Tawau STEM Accelerator pada 20 hingga 21 Jun 2026 di SK Muhibbah Raya Tawau. Program ini melibatkan murid-murid daripada pelbagai sekolah di daerah Tawau dengan tujuan meningkatkan minat dan pemahaman mereka terhadap matematik melalui pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.Sepanjang program berlangsung, peserta telah menyertai pelbagai aktiviti eksplorasi matematik, sesi perbincangan kumpulan serta pembentangan hasil tugasan yang mencabar kemahiran berfikir kritis dan penyelesaian masalah. Program ini diharap dapat memupuk minat murid terhadap bidang STEM serta melahirkan generasi yang lebih kreatif, inovatif dan berkeyakinan dalam mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian.
https://drive.google.com/drive/folders/1RwUMBYNGLJP3CgCVEzZwqSma8M5tz7JA ( SIJIL-SIJIL)




















