JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN ANTARTIKA LESTARI 2014 (REKA CIPTA KOMIK) PERINGKAT KEBANGSAAN

JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN ANTARTIKA LESTARI 2014 (REKA CIPTA KOMIK) PERINGKAT KEBANGSAAN Sukacita dimaklumkan Kluster Penyelidikan Kutub Universiti Sains Malaysia (POLAR@USM) dan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) menganjurkan PERTANDINGAN ANTARTIKA LESTARI 2014 (REKA CIPTA KOMIK) PERINGKAT KEBANGSAAN yang bertemakan ‘ANTARTIKA REFLEKSI IKLIM GLOBAL’. Pertandingan Antartika Lestari merupakan inisiatif tahunan bermula pada tahun 2013 yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, kesedaran dan tanggungjawab orang awam terutama generasi muda dalam memastikan kelestarian ekosistem Antartika. Program ini bermatlamat untuk memperkasa peranan generasi muda di Malaysia dalam mempromosikan sains melalui bidang seni dan cipta karya. Pihak penganjur berbesar hati ingin menjemput pelajar-pelajar dari sekolah Tuan/Puan untuk menyertai pertandingan ini bagi menyokong usaha Malaysia dalam melestarikan benua Antartika. Bersama-sama ini dilampirkan poster dan maklumat pertandingan untuk perhatian. Selain itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak Tuan/Puan untuk menghebahkan pertandingan ini di papan kenyataan, laman web/blog dan laman sosial (Facebook/Twitter) milik sekolah. Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi http://polar.usm.my/ dan http://www.ypasm.my/ dan facebook https://www.facebook.com/pages/Yayasan-Penyelidikan-Antartika-Sultan-Mizan-YPASM/1403151376564857 dan https://ms-my.facebook.com/PolarUSM. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh menghubungi Urus Setia Pertandingan : E-mel (antartika.lestari@gmail.com) dan No. Tel (04-653 4053(Puan Rafidah/ Cik Nazuha) / 5878 (En. Azmir)) Sekian, terima kasih. — “Antartika Refleksi Iklim Global”

Updated: June 30, 2014 — 10:28 pm

Leave a Reply