PLAN FOR EMERGENCY
MISI
SMÂ ST. PATRICK TAWAU
Â
Merialisasikan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Melalui langkah-langkah berikut :
Â
1. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan persekitaran yang ceria, indah dan selamat.
2. Memupuk budaya kerja cemerlang dan akauntabiliti tinggi di kalangan guru-guru, kakitangan sokongan dan pelajar.
3. Meningkat prestasi akademik ke 100% kelulusan untuk PMR & SPM dan mencapai GPS kurang daripada 2 dalam PMR dan GPS 4 untuk SPM.
4. Menyediakan aktiviti-aktiviti kokurikulum untuk memupuk sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, semangat berpasukan dan integrasi kaum serta menyertai semua pertandingan dan berusaha mencapai kecemerlangan.
 5 Meningkatkan sistem kawalan disiplin pelajar serta mengasuh pelajar-pelajar memahami, menghargai dan mematuhi peraturan-peraturan sekolah dan mengamalkan nilai-nilai murni.
LAGU SEKOLAH ST. PATRICK
Â
St. Patrick sekolah tercinta
Bersyukur kita pada yang Esa
Marilah kita pelajar semua
Masyhurkan namanya
Untuk kejayaan kita berusaha
Disamping disiplinkan diri kita
Demi nama dan mutunya
St. Patrick tetap kupuja (2X)
Â
St Patrick’s School Song
Â
St Patrick my beloved school,
Give thanks to the Almighty,
Let us all as students,
Lift up its name,
With diligence we succeed,
Besides disciplining ourselves,
For its name and standard,
St Patrick I will always adore (2X)
PIAGAM PELANGGAN
SM ST. PATRICK TAWAU
Kami Staf SMK St. Patrick Tawau Berjanji menjalankan tanggungjawab kami terhadap :
PELAJAR
- Berusaha memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi JASMANI, EMOSI, ROHANI, dan INTELEK (JERI).
- Bersikap progresif, inovatif dan kreatif dalam usaha menyalurkan ilmu pengetahuan dan mendidik pelajar kami ke arah yang cemerlang dan berkualiti.
- Mengamalkan dasar “KEPIMPINAN MELALUI TELADAN†dengan sentiasa menampilkan personality dan akhlak yang mulia untuk dicontohi oleh para pelajar.
- Mewujudkan suasana sekolah penyayang dan menjaga imej baik sekolah.
- Bersikap adil terhadap semua pelajar.
- Sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami.
IBU BAPA DAN MASYARAKAT
- Berusaha menwujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di anatara sekolah dan masyarakat secara umumnya dan ibu bapa pelajar smk st. Patrick khasnya.
- Bersikap adil dan melaksanakan tanggungjawab tanpa dipengaruhi oleh factor-faktor latar belakang social, ekonomi dan politik ibu bapa pelajar.
- Mengamalkan dasar “MUSYAWARAH†bersama ibu bapa demi mencari jalan penyelesaian terbaik bagi setiap masalah yang timbul.
- Merahsiakan semua maklumat peribadi pelajar demi menjaga kepercayaan pihak ibu bapa kepada sekolah.
- Berusaha mengeratkan hubungan antara diri pelajar dan keluarga.
- Sentiasa bersikap mesra dalam melayani ibu bapasa dan masyarakat setempat.
History of the school
[ready_google_map id='1']